(Konsep) MacBook Pro 2018 Dengan Sokongan Apple Pencil

(Konsep) MacBook Pro 2018 Dengan Sokongan Apple Pencil

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

MacBook Pro 2017 membawakan inovasi dalam bentuk Touchbar yang boleh digunakan sebagai pintasan pantas untuk pelbagai program. Hasilnya jualan MacBook Pro melonjak walaupun ada yang mengatakan Touchbar ialah fungsi gimik yang tidak diperlukan pengguna profesional. Apakah fungsi profesional yang diperlukan oleh pengguna yang banyak melakukan kerja grafik? Menurut pandangan Daniel Brunsteiner seorang pereka yang berasal dari Amerika Syarikat, MacBook Pro 2018 perlu menyokong Apple Pencil dengan keseluruhan papan kekunci fizikal digantikan dengan panel sesentuh dengan sokongan haptik. Di dalam mod menaip pad sesentuh akan memaparkan papan kekunci QWERTY. Sistem haptik dari Taptic Engine yang dipertingkatkan akan memberikan sensasi seperti menaip menggunakan papan kekunci fizikal. Fungsi ini sudahpun wujud pada Lenovo Yoga Book.

Apa yang membuatkan konsep MacBook Pro 2018 ini menarik ialah pengguna hanya perlu menatal skrin untuk mematikan paparan kekunci QWERTY dan keseluruhan permukaan kini menjadi tablet lukisan yang menyokong Apple Pencil. Kini MacBook Pro mempunyai permukaan luas untuk lakaran seperti sebuah Wacom Intuous.


TIPS & ULASAN