Flipkart Mendapat Pembiayaan $1.4 Billion Dari eBay, Tencent Dan Microsoft

Flipkart Mendapat Pembiayaan $1.4 Billion Dari eBay, Tencent Dan Microsoft

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

Flipkart, sebuah syarikat e-perdagangan yang besar di India baru sahaja mendapat pembiayaan sebanyak $1.4 billion daripada tiga syarikat teknologi yang besar, termasuklah eBay, Tencent dan juga Microsoft.

Menurut laporan, Flipkart turut membeli perniagaan eBay.in daripada eBay dan menerima dana wang sebanyak $500 juta, dan sebagai pulangan. eBay akan mendapat kepentingan ekuiti di dalam syarikat Flipkart tersebut.

Pengambilalihan eBay.in ini memberi Flipkart capaian kepada rangkaian pengguna-pengguna eBay di India, sekaligus membuatkan syarikat tersebut syarikat perdagangan atas-talian yang terbesar di India. Dalam pada itu, eBay.in dikatakan akan masih beroperasi sebagai syarikat yang berasingan walaupun ia dimiliki oleh Flipkart.

Dengan pembiayaan terbaru ini, Flipkart dikatakan mendapat peniliaian sebanyak $11.6 billion, dimana ia dikatakan turun daripada penilaian $15.5 bilion dua tahun lalu, apabila Flipkart dibiayai oleh syarikat-syarikat seperti Qatar Investment Authority dan juga Tiger Global.


TIPS & ULASAN