Sokongan Panggilan Audio Pada Google Duo Kini Diperkenalkan Untuk Semua

Sokongan Panggilan Audio Pada Google Duo Kini Diperkenalkan Untuk Semua

Diterbitkan pada Apr 10, 2017 oleh .

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan aplikasi panggilan video dinamakan sebagai Google Duo kepada semua – membolehkan seseorang pengguna membuat panggilan antara satu sama lain dengan mudah. Aplikasi berkenaan boleh dikatakan masih kurang popular sehingga ke hari ini, tetapi Google masih tidak melupakannya dan menambah ciri-ciri baru dari hari ke hari.

Google Duo

Terkini, Google telah pun memperkenalkan sokongan panggilan audio pada aplikasi berkenaan, membolehkan ia digunakan untuk membuat panggilan suara antara satu sama lain.

Melalui sokongan panggilan audio, ia membolehkan pengguna menjimatkan lebih data ketika membuat panggilan, dan sesuai untuk digunakan ketika berkomunikasi ketika dalam ruangan yang mempunyai ramai orang – seperti ketika dalam keretapi dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Google Duo, anda boleh menyemak aplikasi anda hari ini, dan menggunakannya untuk membuat panggilan suara. Berbeza berbanding sejumlah aplikasi Google lain, Google Duo menggunakan pendaftaran menggunakan nombor telefon – lebih kurang sama seperti WhatsApp.


TIPS & ULASAN