Cari @ Amanz

AMD, syarikat yang terkenal dengan penawaran pemprosesan dan kad grafik, kini turut dilihat ingin lebih memfokuskan kepada arena realiti-maya. Hari ini, mereka telah mengumumkan pengambil-alihan kepakaran dan IP berkaitan dengan realiti-maya daripada salah satu startup, iaitu Nitero.

Menurut AMD, Nitero membangunkan cip untuk membolehkan kandungan realiti-maya dan AR dinikmati dengan sokongan tanpa-wayar pada kadar 60Ghz. Ini sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan realiti-maya tanpa gangguan wayar – serta menikmati pengalaman yang lebih baik.

AMD turut mengatakan pengambil-alihan ini mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam membangunkan teknologi baru perkomputeran dan grafik untuk generasi akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd