Meizu Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Pelancaran Pro 6 Plus Dan M5 Note

Meizu Secara Rasmi Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Pelancaran Pro 6 Plus Dan M5 Note

Diterbitkan pada Apr 11, 2017 oleh .

Meizu ialah jenama dari Tanah Besar China yang sering kami dengari tetapi peranti mereka tidak terjual secara meluas. Hari ini mereka secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan pelancaran dua peranti baru Meizu Pro 6 Plus dan Meizu M5 Note.

Meizu Pro 6 Plus ialah peranti dengan skrin 5.7″ QHD SAMOLED, pemproses Exynos 8890, RAM 4 GB dan storan 64 GB. Kamera utama 12-Megapixel f/2.0 Sony IMX386 dengan OIS dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3400 mAh membekalkan kuasa dengan sistem pengecas pantas 24W mCharge melalui port USB-C.

Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada bahagian dagu yang turut berfungsi sebagai pengimbas nadi. Skrin peranti ini turut mampu mengesan tekanan seperti Force Touch. Sistem operasi Android Marshmallow digunakan dengan antaramuka Flyme 5. Peranti dengan spesifikasi yang tinggi ini dijual pada harga RM 1999.

Meizu M5 Note

Meizu M5 Note pula ialah peranti dengan skrin 5.5″ FHD, pemproses MediaTek Helio P10, RAM 3 GB dan storan 32 GB. Kamera utama 13-Megapixel f/2.2 dengan PDAF dipadankan dengan kamera hadapan 5-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 4000 mAh membekalkan kuasa dengan sistem pengecas pantas 18W mCharge melalui port MikroUSB.

Terdapat sebuah pengimbas cap jar pada dagu peranti. Ia turut menggunakan Android Marshmallow dengan antaramuka Flyme. Peranti ini dijual pada harga RM 849 sebuah.


TIPS & ULASAN