ZTE Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Berasaskan Android Wear, ZTE Quartz
ZTE

ZTE Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Berasaskan Android Wear, ZTE Quartz

Diterbitkan pada Apr 11, 2017 oleh .

Info mengenai ZTE Quartz sedia tertiris sebelum ini, dan hari ini, pengeluar terkemuka dari China berkenaan telah pun secara rasminya memperkenalkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear daripada mereka tersebut.

Dinamakan sebagai ZTE Quartz, ia dijana menggunakan Android Wear 2.0, dan dilengkapi skrin bulat pada saiz 1.4-inci dan dilengkapi panel AMOLED. Jam tangan pintar ini turut dilengkapi dengan cip Snapdragon Wear 2100, memori 768MB dan ruangan storan 4GB. Ia dilengkapi sokongan kalis air, dan melalui Android Wear 2.0, jam tangan pintar ini turut menyertakan sokongan sambungan selular.

Walaupun ini merupakan jam tangan pintar pertama berasaskan Android Wear daripada ZTE, namun mereka tidak asing dalam arena ini. Sebelum ini, mereka telah beberapa kali memperkenalkan jam tangan pintar mereka, tetapi berasaskan kepada sistem operasi berbeza.

Buat masa ini, jam tangan pintar ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dipasarkan di peringkat global atau sebaliknya.


TIPS & ULASAN