PewDiePie Membawa Rancangan Video Mingguan Ke Twitch

PewDiePie Membawa Rancangan Video Mingguan Ke Twitch

Diterbitkan pada Apr 11, 2017 oleh .

PewDiePie adalah salah satu nama yang tidak asing dalam arena penerbitan video di YouTube, dan beliau mempunyai bilangan pelanggan YouTube yang tertinggi di dunia. Perkara ini membuatkan PewDiePie sering menjadi fokus ramai pihak apabila membuat sebarang perubahan pada saluran YouTube yang dimilikinya.

Terkini, PewDiePie melalui video terbaru mengumumkan yang mana akan menerbitkan sebuah rancangan video mingguan baru dinamakan sebagai Best Club. Apa pun, yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila PewDiePie membawa rancangan berkenaan ke platform Twitch dan bukannya di YouTube.

Langkah ini mungkin tidak mengejutkan apabila YouTube sendiri menamatkan siri YouTube Red daripada PewDiePie sebelum ini.

Apa pun, memandangakn PewDiePie yang merupakan salah satu nama besar di platform YouTube sendiri, langkah ini mungkin akan serba sedikit mempersoalkan mengenai penggunaan YouTube untuk penstriman langsung – salah satu kepakaran yang dimiliki oleh Twitch, selain turut menjadi fokus Facebook.


TIPS & ULASAN