Instagram Kini Mempermudahkan Lagi Anda Menghantar Mesej Boleh Hilang Kepada Rakan

Instagram Kini Mempermudahkan Lagi Anda Menghantar Mesej Boleh Hilang Kepada Rakan

Diterbitkan pada Apr 11, 2017 oleh .

Instagram sedia mempunyai fungsi permesejan terbina dinamakan Instagram Direct. Melaluinya, anda boleh berkongsi teks, gambar atau video kepada pengguna atau rakan-rakan terpilih untuk perbincangan secara lebih peribadi.

Instagram Direct

Selain daripada itu, Instagram juga turut menyertakan fungsi perkongsian video atau gambar yang hilang selepas ditonton oleh seseorang pengguna. Sekiranya sebelum ini kedua-duanya dibahagikan, kini mereka bertindak memudahkan dengan mengintegrasikan kedua-duanya.

Perkara ini sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk berinteraksi dan tidak perlu melihat kepada dua bahagian berbeza ketika berinteraksi.

Kemaskini ini diperkenalkan bermula hari ini untuk pengguna Android dan juga iOS.


TIPS & ULASAN