Permainan Klasik, Tamagotchi Kembali Dijual Semula Di Jepun Sempena Ulang-Tahun Ke-20

Permainan Klasik, Tamagotchi Kembali Dijual Semula Di Jepun Sempena Ulang-Tahun Ke-20

Diterbitkan pada Apr 11, 2017 oleh .

Tahun ini menyaksikan beberapa peranti berbentuk nostalgia diperkenalkan seperti Nokia 3310, pensel 2B, dan kini pihak Bandai dilihat kembali dengan permainan klasik Tamagotchi mereka bersempena dengan ulang-tahun ke-20.

Tamagotchi

Melalui permainan Tamagotchi ini, pengguna ditawarkan dengan rekaan asal permainan berkenaan, termasuk tiga butang kecil, dan penggunaan skrin dua warna.

Dengan perkembangan teknologi, saiz pelbagai komponen telah menjadi kecil – dan ia juga turut membuatkan saiz Tamagotchi ini kini sedikit kompak berbanding yang asal.

Buat masa ini, Tamagotchi hanya ditawarkan di Jepun sahaja, dan ditawarkan pada harga ¥2,000 (~RM80). Dengan perkembangan seumpama ini, adakah kita mungkin akan melihat kembali permainan Digimon dikembalikan?


TIPS & ULASAN