Cari @ Amanz

Huawei pada tahun lepas telah hadir dengan pesaing Surface mereka tersendiri, dan juga peranti Windows 10 pertama mereka dalam arena perkomputeran dinamakan sebagai Huawei Matebook. Pada tahun ini, mereka masih belum memperkenalkan peranti dibawah keluarga berkenaan – tetapi dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

Melalui ketirisan baru yang hadir ke arena internet daripada @evleaks, Huawei dijangka memperkenalkan tiga peranti baru dibawah keluarga Matebook, masing-masing dikenali dengan nama MateBook E, MateBook D dan juga MateBook X.

Huawei MateBook 2017

Daripada gambar yang tertiris, MateBook E dilihat seumpama sebuah tablet yang dihubungkan ke papan kekunci, sementara MateBook X dan MateBook D dilihat adalah komputer riba daripada Huawei.

Ketiga-tiganya menjalankan sistem operasi Windows 10, dan dijangka menggunakan cip pemprosesan Intel.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei akan memperkenalkan komputer riba dan tablet Windows 10 terbaru mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd