Google sedia memfokuskan kepada beberapa perkhidmatan dengan integrasi pembelajaran mesin. Kini, dalam lebih mempromosikan kepakaran mereka dan juga dalam memperlihatkan kemampuan syarikat gergasi internet berkenaan dalam arena pembelajaran mesin, Google hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan AutoDraw.
Melalui AutoDraw, ia dioptimasikan untuk pengguna desktop dan telefon pintar – dimana pengguna boleh membuat lakaran kasar melaluinya, dan ia akan memberikan beberapa cadangan berdasarkan kepada lakaran anda dan menjadikan lakaran anda lebih cantik lagi.
Daripada percubaan kami sendiri, AutoDraw ini dilihat membuat tekaan yang tepat. Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri enjin pembelajaran mesin ini dalam meneka hasil lakaran anda.
- Layari : AutoDraw