Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pemilik startup atau usahawan baru, salah satu perkara yang dicari adalah suntikan dana daripada para pelabur untuk memudahkan mereka memperluaskan idea mereka menjadi sebuah produk yang berjaya. Dalam usaha memudahkan usahawan dan pemilik startup ini bertemu dengan pelabur yang tepat, kini salah satu laman yang hadir adalah Map of the Money.

Berkongsi mengenai laman ini pada acara Echelon Malaysia 2017, pengasasnya memperlihatkan keupayaan laman berkenaan yang mengumpulkan pelbagai data sejak tahun 2015 yang lepas dan memperlihatkan para pelabur yang aktif.

Echelon 2017

Laman berkenaan juga memperlihatkan jumlah dana pelaburan yang dilakukan oleh suatu pelabur. Ini akan memudahkan proses permohonan daripada usahawan – sebagai contoh, sekiranya mereka inginkan suntikan dana sebanyak RM100K, maka mereka boleh menyasarkan permohonan mereka kepada pihak yang tepat dan bukannya kepada pihak pelabur yang mempunyai jumlah dana berbeza.

Pengguna juga turut boleh melihat jenis portfolio syarikat pelaburan berkenaan dalam usaha memudahkan mereka mendapatkan dana. Sebagai contoh, sekiranya pelabur berkenaan mempunyai sejumlah syarikat dibawah portfolio makanan, maka ia mungkin lebih mudah untuk anda mendapatkan dana berkaitan teknologi makanan dan sebagainya berbanding pelabur lain.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak lama Map of the Money hari ini, dan melihat sendiri pelbagai data berkaitan pelaburan di rantau Asia Tenggara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd