Pendaftaran Minat Untuk Sony Xperia XZ Premium Dibuka Di Malaysia

Pendaftaran Minat Untuk Sony Xperia XZ Premium Dibuka Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 12, 2017 oleh .

Pra-tempahan untuk Sony Xperia XZs dan XA1 dibuka di Malaysia hujung Februari lalu. Kedua-dua peranti baru ini dilengkapi pelbagai fungsi menarik. Pada Xperia XZs terdapat fungsi Motion Eye yang mampu merakam video pada tetapan 960FPS. Bagi yang mahukan peranti yang jauh lebih berkuasa Xperia XZ Premium, Sony Malaysia sudah membuka laman untuk mendaftarkan minat kepada peranti dengan skrin 4K ini. Turut kelihatan ialah Xperia XA1 Ultra yang disahkan bakal hadir ke pasaran Malaysia.

Sony Xperia XZ Premium dilengkapi skrin 5.5″ 4K HDR, pemproses Snapdragon 835, RAM 4GB dan storan 64GB. Kamera utama adalah sebesar 19-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan pula 13-Megapixel f/2.0. Sebuah bateri sebesar 3230 mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Laman pendaftaran Sony walaubagaimanapun tidak menyenaraikan harga jualan untuk Xperia XZ Premium dan XA1 Ultra buat masa ini.

Daftar Minat :Sony Xperia XZ Premium


TIPS & ULASAN