Chrome Dikemaskini Dengan Fungsi Mengelakkan Skrin “Melompat” Ketika Melayari Web

Chrome Dikemaskini Dengan Fungsi Mengelakkan Skrin “Melompat” Ketika Melayari Web

Diterbitkan pada Apr 12, 2017 oleh .

Kelajuan purata internet di Malaysia tahu lalau ialah 8.2 Mbps. Tetapi realitinya ia jauh lebih perlahan terutamanya ketika menggunakannya pada peranti mudah alih. Adalah perkara normal untuk melayari laman web dan kemudian kandungan laman “melompat” ke bawah secara tiba-tiba apabila gambar atau iklan baru selesai dimuat turun. Ini agak menjengkelkan kerana pengguna perlu menatal semula bagi mencari baris akhir artikel yang dibaca.

Chrome versi 56 dan ke atas kini hadir dengan fungsi Screen Anchoring. Dengan fungsi ini masalah kandungan melompat dapat diselesaikan. Pelayar web mengingati kedudukan terakhir tatalan skrin. Apabila kesemua elemen laman habis dimuat turun, ia akan mengekalkan paparan pada bahagian yang dibaca oleh pengguna.


TIPS & ULASAN