Carian
Jualan Komputer Peribadi Terus Menyusut Pada Suku Pertama 2017 Tetapi Lenovo Kekal Di Tempat Pertama
April 12, 2017 Effi Saharudin

Kita kini hidup di dalam dunia pasca PC. Bagi kebanyakan pengguna, komputer peribadi hanya digunakan di pejabat dan di dalam kelas. Malahan bulan lalu jumlah pengguna yang melayari web menggunakan peranti Android kali pertama lebih banyak berbanding Windows. Masa depan komputer peribadi nampaknya terus kelam mengikut laporan jualan suku pertama 2017 oleh Gartner.

Pada suku pertama 2017 sebanyak 62.18 Juta komputer peribadi dijual. Ini adalah penurunan dari 63.72 Juta yang dijual pada suku yang sama 2016. Lenovo mengekalkan kedudukan di tangga pertama dengan pegangan 19.9% pasaran diikuti oleh HP (19.5%), Dell (15%), Asus (7.3%), Apple (6.8%) dan Acer (6.7%). Adakah anda tergolong di dalam kategori pengguna yang sudah jarang menggunakan komputer peribadi setiap hari?

Komen