LeEco Le Pro 3 AI Edition Dilancarkan Dengan Sistem Dwi-Kamera Dan Pembantu Maya Kecerdasan Buatan

LeEco Le Pro 3 AI Edition Dilancarkan Dengan Sistem Dwi-Kamera Dan Pembantu Maya Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Apr 12, 2017 oleh .

LeEco Le Pro 3 A1 Edition dilancarkan di China semalam. Ia sebuah peranti yang mempunyai sistem dwi-kamera dan pembantu maya kecerdasan buatan yang diberi nama LeLe. Dua versi dihasilkan iaitu standard dan Eco.

 LeEco Le Pro 3 AI Edition edisi standard dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, pemproses MediaTek Helio X23, RAM 4GB dan storan 32 GB. Kamera utama ialah 13+13 Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.2. Kamera berkembar menggabungkan sensor berwarna dan sensor monokrom. Sebuah bateri 4000 mAh digunakan bagi membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android Marshmallow ini. Versi ini dijual pada harga RMB 1799 (~RM 1156) sebuah.

Versi Eco mengekalkan kesemua spesifikasi yang sama cuma pemproses kini berubah ke MediaTek Helio X27 dan storan dipertingkatkan ke 64 Gigabyte. Peranti ini dijual pada harga RMB 2399 (~RM 1541) sebuah.

Pembantu maya LeLe mempunyai fungsi yang sama seperti Google Assistant, Bixby dan Siri. Ia boleh dikawal menggunakan suara serta mempelajari tabiat pengguna. Ia mengintegrasikan kesemua aplikasi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LeEco di China.


TIPS & ULASAN