Trailer Star Wars Battlefront II Tertiris Menampilkan Watak Filem Prekuel Dan Force Awakens

Trailer Star Wars Battlefront II Tertiris Menampilkan Watak Filem Prekuel Dan Force Awakens

Diterbitkan pada Apr 12, 2017 oleh .

EA sudahpun mengesahkan permainan video Star Wars Battlefront II akan dipertontonkan di acara Star Wars Celebration pada 15 April ini. Tetapi nampaknya trailer permainan FPS atas talian ini telah tetiris lebih awal.

Kali ini watak-watak dari trilogi episod 1-3 dan Force Awakens menggantikan watak filem asal Star Wars Battlefield I. Antara watak yang boleh dikawal ialah Darth Maul dan Rey. Selain daripada itu peta memaparkan Starkiller Base dan Hoth turut dapat dilihat. Sebagai peminat siri Star Wars dan Darth Maul, kami cukup teruja dengan trailer ini.


TIPS & ULASAN