Cari @ Amanz

Webe telah memperkenalkan perkhidmatan mereka pada tahun lepas dengan penawaran data tanpa had – tetapi kekangannya adalah data berkenaan tidak boleh digunakan untuk membuat tethering atau hotspot. Sekiranya pengguna ingin membuat tethering – iaitu berkongsi internet dari telefon ke peranti lain seperti komputer, pengguna perlu melanggan pas khusus selama dua jam pada harga RM6.

Webe Hotspot

Kini, lanjutan daripada pelbagai permintaan ramai, Webe akhirnya memperkenalkan sokongan hotspot bulanan pada harga langganan RM8. Walaubagaimanapun, sedikit mendukacitakan adalah had data untuk tujuan berkenaan yang ditawarkan adalah hanya 500MB sahaja. Webe mengatakan data berkenaan boleh digunakan untuk tempoh selama 30 hari selepas langganannya.

Sebagai pengenalan ini, Webe akan menawarkan promosi 1GB data percuma setiap bulan selama tiga bulan ini. Bagi anda yang menggunakan Webe, boleh menyemak dan mengujinya dalam penggunaan – dan mungkin melanggan ia bermula daripada bulan ke-4 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd