Pengawal Permainan DualShock 4 Berbentuk Watak Dragon Quest Dihasilkan

Pengawal Permainan DualShock 4 Berbentuk Watak Dragon Quest Dihasilkan

Diterbitkan pada Apr 12, 2017 oleh .

Pengawal permainan terbaik pernah dihasilkan bagi kami ialah untuk Xbox One. Ialah amat selesa dipegang tanpa menimbulkan ketidakselesaan ketika sesi permainan. Tetapi bagi mereka yang mahukan pengawal permainan dengan rekaan unik, DualShock 4 berbentuk watak Slime dari siri Dragon Quest telah dihasilkan.

Pengawal permainan edisi khas ini dihasilkan oleh Hori sempena pelancaran permainan Dragon Quest XI pada konsol Sony PlayStation 4. Ia mempunyai kesemua butang standard dan hadir dengan tempat simpanan khas apabila tidak digunakan. Beberapa lokasi butang diubah seperti butang Share, Option dan Dpad. Pada waktu yang sama pengawal Slime ini tidak mempunyai sokongan bicu audio 3.5 mm. Bagi yang berminat ia bakal dijual pada harga ¥‎ 9980 (~RM 403) pada 29 Julai hadapan di Jepun.


TIPS & ULASAN