Grab Memperluaskan Perkhidmatan Ke Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu Dan Miri

Grab Memperluaskan Perkhidmatan Ke Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu Dan Miri

Diterbitkan pada Apr 12, 2017 oleh .

Uber sebelum ini telah melancarkan perkhidmatan mereka di beberapa bandar baru termasuk Langkawi dan Miri. Kini, Grab mengikut dibelakang, dan turut memperkenalkan perkhidmatan mereka di empat buah bandar baru sekitar Malaysia.

Grab Langkawi

Empat bandar baru yang telah dimulakan operasi Grab bermula hari ini adalah Langkawi, Kota Bahru, Kuala Terengganu dan juga Miri.

Buat masa ini, hanya perkhidmatan GrabCar menjadi fokus – dan mungkin ia akan diperluaskan ke beberapa perkhidmatan tambahan lain dibawah Grab tidak lama lagi.

Dengan pengenalan ini juga, ia kini meletakkan Grab beroperasi di lebih kurang 13 bandar sekitar Malaysia.

Grab Malaysia


TIPS & ULASAN