Lagi Gambar HTC One X10 Tertiris Ke Arena Web
HTC

Lagi Gambar HTC One X10 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Beberapa bulan lepas, kita telah melihat ketirisan HTC One X10, salah satu telefon pintar daripada HTC yang juga murupakan kemaskini kepada HTC One X9 yang telah dipasarkan di Malaysia sejak bulan Julai 2016 lepas.

HTC One X10

Kini, beberapa gambar baru hadir ke arena web, memperlihatkan lebih jelas apakah yang akan dibawakan oleh telefon pintar ini dari segi rekaan – selain memperlihatkan mungkin HTC dalam persiapan untuk melancarkannya tidak lama lagi.

Mengikut apa yang kita dengar sebelum ini, telefon pintar ini dijangka dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan resolusi HD penuh, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkannya juga adalah kamera utama 16-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Melalui gambar promosi HTC yang tertiris, telefon pintar ini dijangka akan menyertakan sokongan bateri bersaiz besar melaluinya.

HTC One X10


TIPS & ULASAN