Sebelum ini kita sedia maklum yang mana Moto Z generasi baru pada tahun ini bakal dikenali dengan nama Moto Z2. Kini, lanjutan daripadanya, gambar tertiris baru hadir hari ini memperlihatkan telefon pintar generasi baru berkenaan mungkin menyertakan sokongan dwi-kamera.
Gambar tertiris ini dilabelkan sebagai Moto Z2 Force, dan selain daripada penggunaan dwi-kamera, Lenovo dilihat mengekalkan rekaan penyambung Moto Mod pada bahagian bawahnya – sekaligus mengesahkan yang mana Moto Mod sedia ada atau generasi baru boleh digunakan pada pelbagai siri Moto Z sehingga kini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Moto Z2 baru akan diperkenalkan. Mungkin kita akan melihatnya pada pertengahan tahun ini, seperti Moto Z sebelum ini.