Google Earth Baru Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Google Earth Baru Bakal Diperkenalkan Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Google mempunyai beberapa penawaran perkhidmatan yang menarik dibawah jenama mereka, dan salah satunya adalah Google Earth. Bagi anda yang pernah menggunakannya, semestinya mengenali akan perkhidmatan berkenaan yang membolehkan anda zoom sesuatu lokasi, dan melihat sesuatu lokasi dengan mudah terus daripada desktop atau peranti mudah-alih anda.

Terkini, Google menjadualkan sebuah acara khusus pada 18 April 2017 kelak, dimana mereka ingin memperkenalkan Google Earth baru pada acara berkenaan.

Apakah ciri baru yang akan diintegrasikan masih menjadi tanda tanya. Mungkinkah kita akan melihat implementasi penawaran realiti-maya yang lebih baik melalui Google Earth kelak melalui versi baru ini?


TIPS & ULASAN