Celcom GBshare – Perkhidmatan Perkongsian Pascabayar Untuk Pelanggan Celcom First Gold Plus Dan First Platinum

Celcom GBshare – Perkhidmatan Perkongsian Pascabayar Untuk Pelanggan Celcom First Gold Plus Dan First Platinum

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Jika anda seorang pelanggan pelan pascabayar Celcom First Gold Plus dan First Platinum, dan sering tertanya-tanya apa yang anda boleh lakukan dengan kuota internet 40GB dan 60GB anda, Celcom kini baru sahaja mengumumkan pelan perkongsian terbaru mereka yang dinamakan Celcom GBshare.

Pelan perkongsian ini dikhususkan untuk perkongsian diantara ahli keluarga, membolehkan pengguna pelan First Gold Plus dan First Platinum tersebut untuk membeli nombor telefon, dan berkongsi kuota internet mereka dengan ahli keluarga.

 

Bagi pelanggan Celcom First Gold Plus yang mahu menggunakan perkhidmatan ini, mereka perlu mendaftar dua nombor kad SIM di bawah perkhidmatan ini, manakala pelanggan First Platinum pula perlu mendaftar sekurang-kurangnya dua nombor, dan boleh mendaftar sehingga lima nombor. Setiap satu nombor di bawah perkhidmatan GBshare ini mempunyai komitmen bulanan sebanyak RM48.

Pengguna nombor tambahan di bawah perkhidmatan GBshare ini akan menerima kuota internet tambahan 2GB disamping penggunaan kuota 40GB/60GB pelanggan First Gold Plus/Platinum. Dalam pada itu, nombor dibawah perkhidmatan GBshare ini juga akan menerima kuota panggilan ke semua rangkaian dan penggunaan WeChat dan Whatsapp tanpa had,

Untuk memudahkan pembayaran dan pengawasan penggunaan kuota internet, Celcom juga telah mengintegrasikan perkhidmatan GBshare ini pada aplikasi pascabayar MYCELCOM POSTPAID dan dari sana, pemegang akaun utama boleh membayar bil telefon bulanan dan juga mengawasi penggunaan kuota internet pengguna dibawah perkhidmatan GBshare mereka.

Jika anda mempunyai anak-anak ataupun kenalan yang memerlukan nombor tambahan ini, anda boleh ke Celcom Blue Cube untuk mendaftar untuk perkhidmatan ini, ataupun layari laman web Celcom untuk butiran mendalam.

Layari: Celcom GBshare


TIPS & ULASAN