Samsung Menawarkan Rebat RM 200 Pada Galaxy J5 Prime Dan J7 Prime Dengan Pertukaran Peranti Lama
Artikel Berkaitan

Samsung Menawarkan Rebat RM 200 Pada Galaxy J5 Prime Dan J7 Prime Dengan Pertukaran Peranti Lama

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Peranti Samsung J5 Prime dan J7 Prime sudah ditawarkan di Malaysia sejak penghujung tahun lalu. Hari ini pihak Samsung mengumumkan penawaran rebat sebanyak RM200 kepada pelanggan yang ingin memiliki peranti-peranti ini apabila mereka menyerahkan peranti lama mereka. Tawaran ini boleh ditebus menerusi Samsung Experience Store yang terpilih bermula esok.

Samsung Galaxy J5 PrimeSamsung Galaxy J7 Prime hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan lapan-teras 1.6Ghz, memori sehingga 3GB RAM, storan 32GB , kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Ia dijual pada hara RM 999 selepas rebat.

Samsung J5 Prime  pula hadir dengan skrin bersaiz 5-inci pada resolusi HD, dijana menggunakan cip empat-teras 1.4GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 16GB, kamera utama 13-megapixel F/1.9 dan juga kamera hadapan 5.0-megapixel F/2.2. Ia dijual pada harga RM 699 selepas rebat.


TIPS & ULASAN