U Mobile Menawarkan Pelan Pascabayar Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM38 Sebulan

U Mobile Menawarkan Pelan Pascabayar Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM38 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Data ialah “darah” yang mengalir di dalam peranti pintar di tangan anda sekarang. Tanpa data peranti ini hanya akan menjadi seperti sebuah Nokia 3320 zaman dahulu. Oleh itu pelan data yang mampu milik memang sentiasa didambakan pengguna di Malaysia. Hari ini U Mobile menawarkan pelan pascaabayar baru Hero P38 dengan tawaran data serta panggilan “tanpa had”.

“Tanpa had” disini tertakluk kepada penggunanya menerusi App-Onz (terhad kepada Facebook, Twitter dan Instagram), Music-Onz (terhad kepada Apple Music, Spotify. Tidal dan 17 perkhidmatan lain), Waze dan akhir sekali Call-Onz. Tawaran panggilan tanpa had ini ditawarkan kepada panggilan kepada kesemua rangkaian. Bagi kegunaan di luar syarat yang tertakluk di atas, pelanggan menerima kuota 4 Gigabyte data sebulan.

Bagi yang memerlukan lebih banyak data, U Mobile akan melancarkan pelan Hero P48 yang memberikan kesemua tawaran di atas dengan penambahan Video-Onz sebanyak 5 Gigabyte untuk penstriman video Netflix, YouTube, iFlix, Viu dan 20 aplikasi yang lain. Pada waktu yang sama pelanggan menerima kuota 5 Gigabyte data sebulan. Pelan Hero P48 akan mula ditawarkan pada 17 April hadapan.

Untuk maklumat lebih lanjut serta terma dan syarat sila layari laman Umobile.


TIPS & ULASAN