Lincoln Chauffeur – Perkhidmatan Menyewa Drebar Ditawarkan Di Amerika Syarikat

Lincoln Chauffeur – Perkhidmatan Menyewa Drebar Ditawarkan Di Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Perkhidmatan perkongsian kereta seperti Uber dan Grab menerima sambutan yang baik di Malaysia sungguhpun mendapat bantahan dari pemandu teksi. Menjadi penumpang di dalam kenderaan memang lebih selesa berbanding memandu sendiri tetapi adalah lebih selesa sekiranya di dalam kenderaan milik peribadi. Di Amerika Syarikat perkhidmatan Lincoln Chauffeur ditawarkan di mana pemilik kenderaan boleh menyewa drebar peribadi.

Perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada pemilik kenderaan berjenama Lincoln. Drebar yang disewa akan membawa kenderaan pemilik dan memandu mereka ke destinasi pilihan. Usai melakukan tugas drebar boleh dipanggil untuk memandu pemilik kembali ke rumah. Lincoln Chauffeur memulakan operasi di Miami buat masa ini dengan bayaran $30 (~RM 133) sejam.


TIPS & ULASAN