Xiaomi Mi 6 Bakal Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera

Xiaomi Mi 6 Bakal Hadir Dengan Sokongan Dwi-Kamera

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Xiaomi sebelum ini sedia berkongsi memperlihatkan mereka bakal melancarkan telefon pintar terbaru, Mi 6 pada minggu hadapan, 19 April 2017 kelak. Kini, berkongsi lanjut melalui teaser baru, Xiaomi mengesahkan Mi 6 akan hadir dengan sokongan dwi-kamera padanya.

Xiaomi Mi 6

Perkara ini mungkin sedia dijangka ramai, apatah lagi dengan trend pada tahun ini yang memperlihatkan pelbagai telefon pintar yang hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang.

Disamping itu, Xiaomi turut dijangka menyertakan pelbagai spesifikasi terkini pada telefon pintar baru ini.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai apa yang bakal ditawarkan melalui teaser baru lain dalam hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN