Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena pelancongan, salah satu industri yang secara langsung menerima permintaan tinggi adalah perhotelan. Perkhidmatan seperti Airbnb sedia menawarkan kos rendah untuk mereka yang ingin melancong, dan tidak kurangnya beberapa laman lain yang memudahkan pengguna membuat tempahan hotel pada harga rendah.

Staydilly

Kini, salah satu laman daripada Malaysia yang turut memfokuskan arena sama adalah Staydilly. Berbeza dengan yang lain, Staydilly ingin menawarkan diskaun tinggi untuk tempahan hotel mewah. Staydilly mengatakan mereka menawarkan tempahan hotel 3-5 bintang melalui platform mereka, dan dilihat berharga sehingga 60% lebih rendah berbanding kebiasaan.

Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang menjadi kekangan adalah dimana nama hotel berkenaan tidak akan diperlihatkan kepada anda sehingga anda membuat tempahan. Pengguna boleh memilih lokasi, dan melihat gambar hotel berkenaan – tetapi nama hotel berkenaan hanya akan diperlihatkan selepas pengguna membuat tempahan.

Bagi anda yang sedang mencari hotel, mungkin boleh menyemak laman Staydilly, dan melihat sendiri apa yang ditawarkan oleh mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd