Carian
SmartPeep – Sistem Keselamatan Rumah Dengan Integrasi Kecerdasan Buatan
April 13, 2017 Aman

Terdapat sejumlah penyelesaian sekuriti di rumah pada hari ini, dan turut memasuki pasaran tersebut kini adalah Smart Peep. Berbeza dengan kebiasaan, Smart Peep turut mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan dalam mengenal-pasti sesuatu pencerobohan – dan seterusnya menghantar notifikasi terus kepada pengguna.

SmartPeep

Untuk tujuan berkenaan, Smart Peep menggunakan sokongan awan, dimana semua data dihantar ke awan untuk tujuan pemprosesan – dan seterusnya menghantar notifikasi terus kepada telefon pintar pengguna. Segalanya dikatakan dilakukan dalam bentuk masa-nyata.

Menurut pembangunnya, penganalisaan video mereka boleh mengesan pergerakkan yang mencurigakan dan juga pergerakkan seperti kucing dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dijual, dan harga jualannya. Bagi anda yang berminat, boleh membuat pendaftaran minat di laman rasmi mereka hari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=pZ2n_J06tac

Komen