Pra-Tempahan Untuk ZTE Blade V8 Akan Dibuka Esok
ZTE

Pra-Tempahan Untuk ZTE Blade V8 Akan Dibuka Esok

Diterbitkan pada Apr 13, 2017 oleh .

Peranti dengan sistem dwi-kamera kini mula menjadi perkara biasa di pasaran. ZTE Blade V8 ialah peranti dengan kemampuan dwi-kamera yang bakal memasuki pasaran Malaysia. Bagi yang berminat pihak ZTE akan membuka pra-tempahan untuk Blade V8 bermula esok sehingga 20 April ini. Harga jualan ialah RM 999 sebuah dan bagi yang melakukan pra-tempahan bakal menerima pelindung skrin, kerangka TPU dan kerangka boleh lipat.

ZTE Blade V8

ZTE Blade V8 ialah peranti dengan skrin 5.2″ HD Penuh, pemproses Snapdagon 435, RAM 3 GB dan storan 32 GB (sokongan MikroSD sehingga 128 GB). Kamera utama dilengkapi sensor 13+2 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 13-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 2730 mAh digunakan bagi menguasai peranti dengan sistem operasi Android Nougat ini.


TIPS & ULASAN