ZeptoExpress Ingin Membuat Penghantaran Barangan Dalam Tempoh 45 Minit

ZeptoExpress Ingin Membuat Penghantaran Barangan Dalam Tempoh 45 Minit

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

ZeptoExpress merupakan salah satu perkhidmatan penghantaran tempatan yang bersaing dengan pelbagai nama besar seperti DHL, Pos Malaysia dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ZeptoExpress dilihat lebih memfokuskan kepada kelebihan teknologi dalam bersaing dengan yang lain.

ZeptoExpress

ZeptoExpress sebelum ini sedia menawarkan penghantaran dalam tempoh 3 jam untuk lokasi sekitar Lembah Klang. Terkini, mereka dalam proses untuk memperluaskan dan menambah-baik perkhidmatan dengan menawarkan proses penghantaran dalam tempoh hanya 45 minit. Pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi ZeptoExpress dalam membuat tempahan tempat mengambil dan menghantarnya, dan seterusnya penghantar berdaftar dengan ZeptoExpress akan menguruskan selebihnya.

Buat masa ini, ZeptoExpress meliputi penghantaran sekitar Lembah Klang melalui pelbagai jenis pengangkutan – daripada penggunaan kenderaan mesra-alam, sehinggalah menggunakan motosikal, kereta, lori – malah menggunakan kapal terbang untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak melalui ZeptoAir. Mereka turut menawarkan sejumlah ciri tambahan melalui penggunaan teknologi, termasuk kebolehan pemantauan masa-nyata, integrasi API dengan perkhidmatan lain, sistem pengurusan flit, dan sebagainya.

Buat masa ini, tarikh pengenalan perkhidmatan untuk penghantaran dalam tempoh masa hanya 45 minit ini masih tidak diketahui lagi. Tetapi, melalui laman rasmi ZeptoExpress, ia dikatakan penghantaran dalam masa 45 minit ini akan meliputi untuk penghantaran dibawah radius 15 kilometer sahaja.

Layari : ZeptoExpress


TIPS & ULASAN