Microsoft Menjadualkan 11 Jun Untuk Perkongsian Lanjut Xbox Project Scorpio

Microsoft Menjadualkan 11 Jun Untuk Perkongsian Lanjut Xbox Project Scorpio

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

Sebelum ini, kita telah sedia mendengar beberapa spesifikasi teknikal yang akan dibawakan oleh konsol generasi baru daripada Microsoft, dikenali dengan nama Project Scorpio. Kini, lanjutan daripadanya, Microsoft telah menjadualkan acara khusus pada 11 Jun 2017 kelak, dimana mereka dijangka berkongsi lanjut mengenai konsol terbaru berkenaan.

Melalui artikel khusus pada blog rasmi Xbox, Phil Spencer mengatakan mereka akan mempertontonkan Project Scorpio pada acara E3 bulan Jun ini, selain turut berkongsi sejumlah permainan baru yang akan ditawarkan untuk konsol berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, Xbox Project Scorpio ini akan menekankan kepada integrasi sokongan 4K, dan secara tidak langsung membolehkan Microsoft mempertontonkan keupayaan grafik pada resolusi berkenaan melalui konsol terbaru ini.

Berkemungkinan kita akan turut mendengar mengenai bilakah ia akan dijual dan sebagainya pada acara yang sama.


TIPS & ULASAN