Ubuntu 17.04 Zesty Zapus Sedia Untuk Dimuat-Turun

Ubuntu 17.04 Zesty Zapus Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

Dalam pelbagai sistem operasi Linux, salah satu yang sangat popular dan juga mempunyai sokongan komuniti yang meluas adalah Ubuntu. Terkini, pembangun disebaliknya telah mengeluarkan versi terkini sistem operasi berkenaan untuk desktop dan juga pelayan (server), iaitu Ubuntu 17.04 Zesty Zapus.

Ubuntu 17.04

Ubuntu 17.04 merupakan antara versi akhir yang menggunakan persekitaran Unity, sebelum pembangunnya beralih semula kepada GNOME bermula tahun hadapan. Ia masih mengekalkan antaramuka seperti sebelum ini, tetapi hadir dengan kemaskini perisian dan sistem operasi yang baru.

Ubuntu 17.04 hadir dengan kernel Linux 4.10 yang menyokong cip AMD Ryzen dan Intel Kaby Lake, integrasi pelbagai perisian baru seperti Firefox 52, Thunderbir 45, dan juga LibreOffice 5.3. Selain kemaskini perisian dan menambah-baik pelbagai masalah, ia juga turut menyertakan beberapa perkara baru, termasuk lebih lancar, serta gambar latar desktop yang dikemaskini.

Bagi anda yang sedia menggunakan sistem operasi Ubuntu boleh mengemaskini hari ini, atau untuk pengguna baru, anda boleh memuat-turun Ubuntu secara percuma hari ini.

Muat-Turun Ubuntu 17.04


TIPS & ULASAN