Facebook Menguji Sokongan Instagram Offline

Facebook Menguji Sokongan Instagram Offline

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

Facebook melalui beberapa aplikasi mereka, sedia menawarkan penawaran khusus untuk negara-negara membangun dengan keadaan internet yang kurang stabil. Sehingga kini, mereka telah sedia menawarkan aplikasi seperti Facebook Lite dan juga Messenger Lite.

Selain daripadanya, kini gergasi laman sosial berkenaan dilihat sedang menguji fungsi Instagram Offline dengan tujuan yang lebih kurang sama.

Melalui fungsi Instagram Offline, Facebook ingin menguji pengalaman Instagram yang konsisten, dan membolehkan pengguna kekal untuk menggunakan Instagram untuk melihat perkongsian rakan-rakan dan berinteraksi dengannya – walaupun peranti mereka tidak mempunyai akses ke internet.

Facebook dijangka berkongsi lanjut mengenai bagaimana ia akan berfungsi pada acara F8 kelak pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN