Carian
Oppo A57 Dengan Fokus Selfie Berharga RM1098 Di Malaysia
April 14, 2017 Aman

Oppo sedia mempunyai beberapa peranti memfokuskan selfie, dan terkini mereka telah pun mengumumkan penawaran Oppo A57 untuk pasaran tempatan secara rasminya, dan akan mula dijual melalui Celcom bermula esok.

Oppo A57 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci pada resolusi HD, dilengkapi cip Snapdragon 435, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB.

oppo-a57-1

Melengkapkan peranti ini adalah kamera belakang 16-megapixel f/2.0, dan kamera hadapan 13-megapixel f/2.2. Telefon pintar ini menggunakan Android 6.0 Marshmallow, dan dilengkapi antaramuka khusus Color OS 3.0 yang menyertakan beberapa ciri-ciri khusus ketika rakaman gambar selfie.

Di Malaysia, ia akan ditawarkan secara eksklusif melalui Celcom untuk tempoh dua minggu, sebelum dijual melalui pengedar rasmi Oppo. Oppo A57 ditawarkan pada harga RM1098 di Malaysia.

Komen