Nintendo ialah nama yang amat besar dalam dunia permainan video. Sejak dekad 80an mereka menghasilkan konsol yang mencapai tahap legenda seperti Famicom, Super Famicom, NG4, Gamecube dan Wii. Tetapi kadar jualan kesemua konsol di atas tidak dapat menandingi kadar jualan konsol terkini mereka Nintendo Switch.
Pihak Nintendo mengumumkan bahawa sebanyak 906000 unit Switch telah dijual di Amerika Syarikat pada bulan Mac. Ini menjadikannya konsol paling laku menandingi PlayStation 4 dan Xbox One. Jualan di pasaran lain juga turut memberangsangkan. Paling mengejutkan di Amerika Syarikat 925000 unit The Legend of Zelda : Breath of The Wild edisi Switch berjaya dijual. Ini adalah kerana pemain membeli dua unit katrij. Satu untuk disimpan dan satu lagi untuk dimainkan.
Pihak Nintendo akan berkongsi jumlah jualan global Switch pada 27 April hadapan. Angka jualan ini adalah membanggakan kerana Switch tidak mempunyai jumlah permainan yang banyak ketika dilancarkan.