PaperLike – Melakar Pada Permukaan iPad Pro Kini Terasa Seperti Di Atas Kertas

PaperLike – Melakar Pada Permukaan iPad Pro Kini Terasa Seperti Di Atas Kertas

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

Melakar pada permukaan tablet menggunakan stylus ialah lebih mudah dari melakar menggunakan jari. Oleh itu bagi memenuhi keperluan pengguna, Apple Pencil dihasilkan untuk iPad Pro. Tetapi dari pengelaman peribadi menggunakannya, ia masih tidak sebaik melakar pada permukaan kertas. Permukaan skrin tablet terlalu licin dan ini menimbulkan perasaan yang sedikit canggung.

PaperLike ialah produk yang cuba menyelesaikan masalah ini bagi pengguna iPad Pro. Ia sebuah pelindung skrin yang bertekstur seperti permukaan kertas. Apabila digunakan bersama Apple Pencil, melakar akan terasa lebih semula jadi. Produk ini masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula €17 (~RM 72). Dua saiz dihasilkan untuk iPad Pro 9.7″ dan 12.9″.


TIPS & ULASAN