Dua Model Baru Dron DJI Phantom 4 Advanced Dilancarkan

Dua Model Baru Dron DJI Phantom 4 Advanced Dilancarkan

Diterbitkan pada Apr 15, 2017 oleh .

DJI mungkin ialah syarikat yang bertanggungjawab mempopularkan penggunaan dron sebagai platform fotografi. Bermula dari dron untuk kegunaan orang ramai. Mereka kini menghasilkan dron untuk kegunaan profesional dan juga sektor perladangan. Mereka melancarkan dua lagi dron di dalam keluarga Phantom 4.

DJI Phantom 4 Advanced ialah dron quad-rotor yang dilengkapi kamera 20-Megapixel dengan sensor sebesar 1″ yang mampu merakam video pada tetapan 4K 60 FPS. Terdapat lima sensor disertakan bagi membolehkannya terbang secara automatik dan di dalam bangunan dengan kemampuan mengelak perlanggaran secara aktif. Selain daripada itu Phantom 4 Advanced juga boleh beroperasi sehingga 30 minit dengan sekali caj.

DJI Phantom Advanced+ pula mempunyai spesifikasi sama tetapi dengan pengawal yang mempunyai skrin 5.5″ HD penuh terbina. Skrin yang digunakan menurut DJI adalah dua kali ganda lebih terang berbanding menggunakan skrin peranti pintar. Harga jualan Phantom 4 Advanced ialah $1349  (~RM 5930) manakala Phantom 4 Advanced+ pula $1649 (~RM 7240). Dengan pelancaran Phantom 4 Advanced, model asas Phantom 4 akan dihentikan penjualannya mulai 30 April hadapan.


TIPS & ULASAN