Harga Jualan HTC U Ultra Menerima Potongan Harga RM 400 – Kini RM2599
HTC

Harga Jualan HTC U Ultra Menerima Potongan Harga RM 400 – Kini RM2599

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

HTC U Ultra dilancarkan di Malaysia pada pertengahan Februari yang lalu pada harga RM 2999. Hari ini pihak HTC Malaysia mengumumkan potongan harga sebanyak RM 500 ke atas peranti yang dilengkapi dengan dua skrin ini. Bagi pengguna yang telah membeli U Ultra sebelum potongan harga diumumkan, mereka bakal menerima sebuah Re Camera dan produk premium edisi terhad sebagai ganjaran kerana menyokong produk keluaran HTC.

HTC U Ultra

HTC U Ultra menawarkan peranti berskrin 5.7-inci pada resolusi QHD, cip pemprosesan Snapdragon 821, memori 4GB RAM, dan storan dalaman 64GB. Ia juga menyertakan sensor 12MP f/1.8 OIS untuk kamera utama dan sensor 16MP f/1.8 untuk kamera hadapan. Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0 melalui sambungan USB Type-C.

Kepada pengguna HTC U Ultra yang membeli peranti pada harga asal RM 2999, sila ke pautan di bawah untuk menuntun barangan percuma di bawah program HTC U Ultra Appreciation

Pautan ke laman menuntun barangan percuma HTC U Ultra Malaysia


TIPS & ULASAN