Carian
Aplikasi RHBNow Untuk iOS Kini Membenarkan Anda Menghantar Wang Melalui Siri
April 14, 2017 Nazrin

Aplikasi perbankan mudah-alih memudahkan tugas menghantar wang atau membayar bil, kerana anda kini tidak lagi perlu beratur di kaunter pembayaran secara manual. Sebaliknya, anda boleh membayar bil dan menghantar wang pada bila-bila masa sahaja dengan aplikasi-aplikasi tersebut.

Bank RHB baru sahaja mengumumkan bahawa pengguna-pengguna iPhone yang mempunyai akaun RHB kini boleh menggunakan Siri untuk menghantar wang kepada sesiapa melalui ciri RHB PayAnyone.

Untuk menggunakannya, anda perlu memuat-turun aplikasi RHBNow untuk iOS, dan apabila anda anda ingin menghantar wang kepada sesiapa, Siri akan tanya jika anda ingin menggunakan aplikasi RHBNow.

Dari situ, Siri akan mengambil butiran penerima wang, dan apabila anda log masuk ke dalam aplikasi RHBNow, kesemua butiran seperti nama, nombor telefon dan jumlah wang yang ingin dihantar sudah tersedia untuk anda sahkan sebelum anda menghantar wang tersebut.

Kemasan aplikasi RHBNow ini kini boleh dimuat-turun di Apple App Store sekarang.

Komen