Apple Dikatakan Berminat Untuk Melabur Pada Perniagaan Semikonduktor Toshiba

Apple Dikatakan Berminat Untuk Melabur Pada Perniagaan Semikonduktor Toshiba

Diterbitkan pada Apr 14, 2017 oleh .

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Apple dikatakan sedang melihat kepada beberapa pilihan dalam membantu bahagian semikonduktor milik Toshiba yang dikatakan ingin dijual. Menurut beberapa laporan, ia dikatakan Apple sedang melihat untuk bekerjasama dengan Foxconn dan pelabur Jepun untuk membida bagi mendapatkan bahagian tersebut.

Menurut laporan yang hadir daripada NHK di Jepun, ia dikatakan Apple sedang melihat untuk melabur beberapa bilion ringgit untuk mengambil pegangan lebih daripada 20% pada fasiliti pengeluaran semikonduktor yang dimiliki oleh Toshiba – dan pada masa yang sama membolehkan pegangan oleh pihak Jepun dikekalkan.

Unit pengeluaran semikonduktor yang dimiliki oleh Toshiba adalah antara yang terbesar, tetapi telah disenaraikan untuk penjualan bagi menutup kerugian syarikat berkenaan disebabkan bahagian perniagaan lain seperti nuklear.

Bahagian semikonduktor milik Toshiba sendiri dilihat mempunyai beberapa kekangan dalam penjualan dan pengambil-alihannya. Ini kerana ia dijalankan sebagai projek kerjasama bersama pihak Western Digital – yang mana memohon hak eksklusif untuk perbincangan pengambil-alihan. Selain daripada itu, Jepun sendiri keberatan untuk syarikat luar mengambil-alih perniagaan berkenaan sepenuhnya.

Buat masa ini, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN