Bagaimana Kosongkan Storan Pada Komputer Selepas Kemaskini Windows 10 Creators Update?

Bagaimana Kosongkan Storan Pada Komputer Selepas Kemaskini Windows 10 Creators Update?

Diterbitkan pada Apr 15, 2017 oleh .

Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini Windows 10 Creators Update sejak daripada minggu lepas, dimana bersama-sama dengannya, sejumlah ciri baru yang hadir bersama seperti sokongan Paint 3D, Game Mode, serta pelbagai ciri-ciri lain.

Walaubagaimanapun, dengan setiap kemaskini, storan ruangan pada komputer anda juga akan semakin mengecil kerana pelbagai fail tambahan yang dimuat-turun – dan kadang-kala tidak dibuang untuk beberapa sebab.

Bagi anda yang menggunakan komputer dengan storan SSD, perkara ini mungkin tidak begitu digemari kerana ruangan storan yang sedikit terhad berbanding penggunaan HDD.

Sekiranya anda baru sahaja menaik taraf komputer anda, dan inginkan beberapa puluh GB tambahan dikosongkan, anda boleh melakukannya dengan mudah melalui Disk Cleanup.

Anda hanya perlu memulakan Disk Cleanup sebagai pentadbir komputer. Perkara ini boleh dilakukan dengan klik kanan pada aplikasi Disk Cleanup di Windows 10, dan memilih Run As Administrator.

Sebaik sahaja ia dijalankan, anda akan disediakan dengan penawaran fail-fail yang boleh dibuang untuk kosongkan ruangan pada komputer anda.

Disk Cleanup

Pada tetingkap yang dipaparkan, anda boleh memilih “Previous Windows Installation“, dan memilih untuk membuangnya. Secara kasar, ia mungkin bersaiz melebihi 20GB. Microsoft menyediakan fail ini sekiranya anda ingin kembali ke sistem operasi versi lama – tetapi mungkin bagi anda yang sedia selesa dengan Windows 10 Creators Update, tidak memerlukannya, dan boleh membuangnya.

Seperti biasa, selain menggunakan Disk Cleanup, anda juga boleh menggunakan perisian seperti CCleaner dan sebagainya untuk kosongkan ruangan pada komputer anda.


TIPS & ULASAN