Cari @ Amanz

Setelah beberapa teaser diperlihatkan, peranti pintar Exmobile Ola Johor DT Special Edition akhirnya dilancarkan. Peranti kelas permulaan ini dilengkapi skrin 5.0″ HD, pemproses MediaTek MT6737. RAM 2GB dan storan 16 GB, Kamera utamanya sebesar 8-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Sebuah bateri sebesar 2000 mAh mengusai peranti yang menggunakan Android Marshmallow ini.

Sungguhpun ia sebuah peranti kelas permulaan, telefon pintar ini dilengkapi pengimbas cap jari pada panel belakang. Ia turut dilengkapi slot untuk dwi-SIM nano dan menyokong rangkaian LTE. Peranti ini sudah mula dijual di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos ini pada harga amat mampu milik RM 599.

Seperti pada namanya, peranti ini hadir hasil kerjasama dengan pihak Exmobile, salah satu syarikat telefon pintar tempatan yang mempunyai beberapa penawaran telefon pintar. Edisi JDT ini adalah lebih kepada penjenamaan, seperti mana yang dilakukan oleh beberapa syarikat pengeluar lain melalui telefon pintar mereka – sekaligus membolehkan peminat mendapatkan telefon pintar dengan penjenamaan khusus ini.

Buat masa ini, kami masih kurang pasti sama ada ia adalah sekadar penjenamaan diluar sahaja, ataupun turut mempunyai kandungan khusus JDT yang disertakan pada telefon pintar ini. Beberapa gambar pada laman Dfaro memperlihatkan seumpama ia turut menyertakan gambar latar JDT khusus bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, sudah boleh mendapatkan telefon pintar jDT ini secara rasmi hari ini pada harga RM599.

Terima kasih untuk tips ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd