Cari @ Amanz

Di MWC Barcelona Februari yang lalu, Nokia melancarkan tiga peranti Android kelas permulaan Nokia 3, 5 dan 6. Bagi yang memerlukan peranti lebih berkuasa, peranti Nokia 8 dan Nokia 9 diuar-uarkan akan dilancarkan tahun ini dengan spesifikasi yang jauh lebih tinggi. Hari ini rekaan skematik yang didakwa adalah kedua-dua peranti ini tertiris.

Dari segi rekaan nampaknya Nokia 8 dan 9 mengikut trend skrin memanjang tanpa bezel yang dipelopori oleh LG G6. Pada Nokia 9 bahagian dagu amat kecil sehingga pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang. Paling menarik sekali ialah kedua-dua peranti mempunyai jumlah kamera yang banyak. Ini selari dengan ura-ura ia menyokong fungsi kamera realiti maya seperti Nokia Ozo. Sejauh manakah kebenaran rekaan skematik ini hanya akan diketahui apabila peranti-peranti ini dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd