Peranti Realiti Maya Dan AR Dragon Ball Z Dilancarkan Di Jepun

Peranti Realiti Maya Dan AR Dragon Ball Z Dilancarkan Di Jepun

Diterbitkan pada Apr 15, 2017 oleh .

Di dalam sejarah manga dan anime, siri Dragon Ball mungkin di dalam carta lima yang terbaik pernah dihasilkan. Komik karya Akira Toriyama ini masih mempunyai puluhan juta peminat di seluruh dunia. Di Jepun peranti realiti maya dan AR dilancarkan bagi membolehkan peminat menyelam ke dalam dunia Dragon Ball Z.

Peranti realiti maya ini membolehkan pemakai melancarkan serangan Kame Hame Ha secara realistik dengan adanya pengawal permainannya sendiri. Mereka juga boleh menggunakan Scout untuk melihat kuasa berperang insan di dunia sebenar. Fungsi AR lain pula akan membolehkan serangan Kame Hame Ha dilancarkan di dalam dunia sebenar.

Akhir sekali terdapat penyelaku terbang di dalam dunia Dragon Ball Z. Peranti ini dijual di Jepun pada harga ¥ 12000 (~RM 485) lengkap dengan pengawal tangan dan alas VR.


TIPS & ULASAN