Penggunaan sistem seperti Garmin, Google Maps dan Waze adalah perlu sekiranya anda memandu di kota besar seperti Kuala Lumpur. Ini adalah bagi memastikan anda tidak akan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Malang sekali sistem GPS juga boleh mengakibatkan kemalangan kerana pemandu terganggu dengan paparan peta atau gagal mematuhi arahan dengan tepat.
Di United Kingdom ujian menggunakan sistem GPS akan diberikan kepada pemohon lesen memandu bermula 4 Disember ini. Jumlah pengguna yang memandu sambil menggunakan GPS di UK adalah melebihi 50% tahun lalu. Bagi menguji kepakaran memandu menggunakan GPS, ujian selama 20 minit sambil mendengar arahan yang diberikan akan diberikan.
Selain daripada itu ujian meletakkan kereta di tempat letak kereta awam juga akan diberikan. Ujian melakukan pusingan tiga penjuru dan memandu ke belakang di selekoh pula dimansuhkan.