Xiaomi Mi 6 Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung Dan Memori Sehingga 6GB RAM

Xiaomi Mi 6 Akan Hadir Dengan Skrin Melengkung Dan Memori Sehingga 6GB RAM

Diterbitkan pada Apr 16, 2017 oleh .

Sejak pengumuman pihak Xiaomi mengatakan bakal memperkenalkan Mi 6 secara rasminya pada 19 April ini, mereka telah berkongsi sedikit demi sedikit teaser baru dan mengumumkan apakah yang bakal disertakan pada telefon pintar terbaru mereka.

Selepas mengatakan ia akan dilengkapi sokongan dwi-kamera, kini Xiaomi turut berkongsi mengatakan ia bakal hadir dengan sokongan skrin melengkung tepi – seumpama pada Samsung Galaxy. Xiaomi sendiri telah memperkenalkan penggunaan skrin melengkung tepi pada peranti Mi Note 2 sebelum ini.

Disamping itu, Xiaomi Mi 6 juga bakal menyertakan memori sehingga 6GB RAM – salah satu trend terbaru oleh pengeluar peranti pada telefon flagship mereka.

Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran baru lain pada telefon pintar Mi 6 ini dalam sehari dua ini.


TIPS & ULASAN