Cari @ Amanz

Trailer rasmi untuk Star Wars : Battlefront II tertiris minggu lalu. Ia akhirnya diperlihatkan secara rasmi di dalam acara Star Wars Celebration Orlando yang berlangsung hujung minggu lalu. Beberapa maklumat mengenai permainan ini turut diumumkan oleh pihak EA.

Pemain berpeluang memainkan misi solo memegang watak Iden Versio, seorang askar di pihak Empire yang ingin membalas dendam atas kemusnahan Death Star. Jalan cerita akan berlangsung selepas berakhirnya Return of The Jedi dan sebelum The Force Awaken. Antara watak yang boleh dikawal oleh pemain ialah Luke Skywalker dan Kylo Ren. Star Wars : Battlefield II akan dilancarkan pada 17 November ini. Bagi yang melakukan pra-tempahan, mereka bakal menerima pek watak dari filem The Last Jedi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd