Cari @ Amanz

Jika anda sedang berfikir untuk membeli peranti pintar baru, Huawei Malaysia kini sedang mengadakan jualan alat-alat peranti pintar mereka, diantaranya termasuklah Huawei Mate 9, Mate 9 Pro, Huawei T2 Pro, T2 LTE dan juga tablet Huawei MediaPad M3,

Jualan Hari Pekerja ini telah bermula pada 14 April, dan akan berlangsung sehingga 7 Mei 2017 di kedai Huawei Experience Store dan Huawei Display Zone di seluruh Malaysia.

Setiap pembelian peranti-peranti ini sewaktu tempoh Jualan Hari Pekerja ini akan hadir dengan pelbagai jenis aksesori seperti kerangka lipat telefon, pemegang telefon untuk kereta, dan sebagainya, yang mempunyai nilai sehingga RM299.

Berikut merupakan peranti-peranti dan aksesori-aksesori yang boleh anda dapat apabila anda membelinya sewaktu Jualan Hari Pekerja Huawei.

Peranti Harga Hadiah Percuma (Sementara Stok Masih Ada)
Huawei Mate 9 RM2699 Kit Kereta Huawei (Kerangka belakang dan pemegang magnetik)
Huawei Mate 9 Pro RM3399 Kotak Hadiah Premium Huawei  (Power Bank 5,000mAh, kayu selfie dan kabel USB)
Huawei MediaPad M3 (4GB RAM + 32GB ROM) RM1699 Kerangka Lipat, Kain Pembersih, Pelindung Skrin and fon telinga Bluetooth
Huawei MediaPad M3 (4GB RAM + 64GB ROM) RM1999 Kerangka Lipat, Kain Pembersih, Pelindung Skrin and fon telinga Bluetooth
Huawei T2 Pro RM999 Kerangka Lipat
Huawei T2 LTE RM799 Kerangka Lipat
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd